- Baca soalan yang diberikan dengan teliti dan fahami kata kunci yang diberikan. contohnya, punca, kesan,langkah dan sebagainya.
- Kemudian, baca petikan dengan teliti dan gariskan isi berdasarkan kata kunci yang diberikan.
- Sekurang-kurangnya 5 isi perlu ditulis mengikut susunan dalam petikan.
- Masukkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai untuk menjadikan ringkasan lebih gramatis.
- Jangan salin bulat-bulat setiap isi yang terdapat dalam petikan.
- Mulakan ringkasan dengan kata kunci yang diberikan. Contohnya, punca-punca pencemaran yang berlaku di Malaysia ialah...(mulakan dengan isi yang pertama). Selain itu...(teruskan isi yang kedua). Antara penanda wacana yang boleh digunakan ialah di samping itu, tambahan pula dan sebagainya.
- Ringkasan tidak boleh lebih daripada 80 patah perkataan. Sekiranya melebihi 80 patah kata, kata atau isi tersebut tidak akan dikira.
- Setiap ringkasan tidak perlu ada penutup.