Isnin, 17 November 2008

Teknik Menulis Ringkasan (PMR)

  1. Baca soalan yang diberikan dengan teliti dan fahami kata kunci yang diberikan. contohnya, punca, kesan,langkah dan sebagainya.
  2. Kemudian, baca petikan dengan teliti dan gariskan isi berdasarkan kata kunci yang diberikan.
  3. Sekurang-kurangnya 5 isi perlu ditulis mengikut susunan dalam petikan.
  4. Masukkan penanda wacana dan kata hubung yang sesuai untuk menjadikan ringkasan lebih gramatis.
  5. Jangan salin bulat-bulat setiap isi yang terdapat dalam petikan.
  6. Mulakan ringkasan dengan kata kunci yang diberikan. Contohnya, punca-punca pencemaran yang berlaku di Malaysia ialah...(mulakan dengan isi yang pertama). Selain itu...(teruskan isi yang kedua). Antara penanda wacana yang boleh digunakan ialah di samping itu, tambahan pula dan sebagainya.
  7. Ringkasan tidak boleh lebih daripada 80 patah perkataan. Sekiranya melebihi 80 patah kata, kata atau isi tersebut tidak akan dikira.
  8. Setiap ringkasan tidak perlu ada penutup.

Tiada ulasan: